Pages

Sunday, December 21, 2014

Bagaimana nak cut budget sedangkan tiada apa untuk anda cut?


Faham... aku faham sangat situasi ni, sebab aku jugak pernah hadap menda ni. Huh.. sangat challenging. Me and husband, both government servant saja. Gaji kecik. Husband pulak bukan pegawai besar pun. Tapi, alhamdulillah rezeki memang tak pernah putus. 

Credit: Google Image


Macam mana nak buat?

1). Sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan. Tak kira la nak sumbang duit atau sumbang tenaga. Kedua-duanya memang ada ganjaran besar dari Ilahi. Telah dijanjikan, dan Allah tidak sesekali mungkir janji. Hanya kita je, nak yakin atau tidak! Sila buat dan Yakin!! Ini kunci utama yang korang kena wajib buat. Untungnya menjadi Muslim. 


2). Fokus dengan apa yang anda lakukan. Jangan mudah berputus asa. Kalau sekarang anda bekerja, teruskan pekerjaan itu. Sentiasa motivate diri. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk tambah income. Contoh, direct selling, multi level marketing (MLM), dropship bisnes, dan banyak lagi. Ini merupakan perniagaan yang perlukan modal minimum. Mulakan dari yang sedikit, tapi fokus. Jangan buat sekerat jalan. In sha Allah, biar lambat tapi berhasil. 

3). Urus wang anda. Kena belajar dan cari ilmu bagaimana nak uruskan wang. Ramai Malaysian yang tiada simpanan kecemasan, atau simpanan hari tua. Maaf cakap, most Malaysian kalau sudah bersara memang mengharap duit dari anak-anak untuk sara hidup. Tak mengapa kalau anak anda kaya raya, tapi kalau sebaliknya? 

Credit: Google image


Saya bagi contoh mudah, anda ada anak lelaki yang cuma makan gaji. Dia dah berkahwin, ada isteri dan 3 anak. Nak sediakan nafkah zahir sebagai suami pun tak mampu. Mengharap duit gaji isteri pulak untuk membantu. Dia dah cukup terbeban, dan anda pula sebagai ibu bapa yang tak pandai urus wang, meminta duit anak-anak untuk sara hidup anda. Tak terfikirkah kita betapa susahnya anak kita tadi? 

Sebagai ibu bapa, memang tanggungjawab kita besarkan anak-anak dengan ikhlas, tanpa harapkan balasan!! Sekurang-kurangnya bila kita tua, anak-anak boleh jaga kita tanpa perlu fikirkan masalah kewangan kerana kita ada simpanan secukupnya. Jangan setkan mentaliti dengan berharap anak-anak bagi duit pada kita!! Kalau mereka berkemampuan dan memang nak bagi, lain cerita. Tetapi tolong  jangan meminta. Ubah minda kita.

4). Cari cara untuk tambah extra income. Suka tak suka, anda memang kena buat! Takkan nak hidup dalam kesusahan selama-lamanya. Atau asyik pinjam duit orang bila nak repair kereta, nak renew roadtax insuran, dan sebagainya? Sampai bila?? Tanya diri anda. 

Ada 1001 cara untuk anda jana extra income. Extra income sangat penting untuk membantu anda keluar dari krisis kewangan short-term, atau untuk long-term. Mula lakukan kajian, bacaan, eksperimen, dan berusaha untuk lakukannya. Ia bukan hasil sekelip mata, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama. Tak mengapa, asalkan ianya berbaloi.Bersabar sedikit, jangan gopoh, teruskan usaha dan berdoa. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...