Living cost di Malaysia memang meningkat dengan begitu pesat. Tahun depan, pelaksanaan GST, aku tak boleh nak bayangkan kos sara hidup macam mana. Tapi, suka tak suka, sebagai rakyat marhaen, kita tiada kuasa melainkan dalam pilihanraya. Rakyat telah memilih, jadi kenalah harung juga kesan dan akibatnya.
Saya kongsikan 10 cara bagaimana anda boleh jimatkan perbelanjaan barang dapur. Caranya mudah saja untuk anda ikut. Terpulang pada kesesuaian masing-masing ye.
#1: Check tarikh luput. Periksa peti ais, atau almari tempat anda simpan stok barangan dapur seperti susu, cheese, tepung dan sebagainya sekali seminggu. Memang merugikan sekiranya stok barang anda tamat tempoh dan terpaksa dibuang. Dan bila nak guna, anda kena beli lagi barang yang baru. Membazir! Realitinya, ini yang kerap kita lakukan.
#2: Sekiranya anda membeli buah-buahan seperti epal, oren dan lain-lain, pilih yang bersaiz paling kecil. Jadi, berat buah akan berkurang. Impaknya, kuranglah anda bayar harga buah tersebut!. Percayalah, anda takkan rasa perbezaan disebabkan saiz buah sewaktu anda menikmatinya.
#3: Jangan beli barang basah banyak-banyak pada satu masa. Barang-barang ini tak akan tahan lama. Terutamanya kalau barang-barang itu dibawa dari luar. Kebarangkalian barang-barang tersebut rosak dan tidak boleh digunakan adalah tinggi. Cuba beli hanya untuk kegunaan seminggu.
#5: Be creative! Masak mengikut apa yang barangan yang ada dalam stok anda. Jadi, barang-barang tersebut tak akan tamat tempoh dan dibuang begitu saja. Kalau ada pun barang tambahan yang perlu anda beli, ianya tak banyak kan! - ini untuk yang tak plan menu ye ( -_-)
#6: Buat senarai barangan dan stick kepada senarai tersebut apabila shopping. Kebanyakan dari kita memang fail kan bab ni? Beli barang-barang yang tak dirancang, memang meningkatkan perbelanjaan dengan cepat!
#7: Shopping time perut kenyang. Percaya tak? Kalau time anda lapar, anda shopping semua benda pun rasa nak beli. Jadi, banyak la barang yang tersenarai akan masuk dalam senarai. he3...
#8: Pertimbangkan dahulu setiap barang yang ingin dibeli, sama ada anda benar-benar perlukannya atau anda boleh buatnya sendiri di rumah. Saya bagi contoh, premix. Kalau nak buat kek, lebih jimat kalau anda sukat tepung sendiri, daripada nak beli premix yang harganya lebih mahal.
#9: Gunakan coupon/ voucher/ cash rebate sekiranya ada. Rajin2 la tengok website yang tawarkan coupun atau voucher yang boleh anda beli. Ianya sangat membantu kalau anda rajin mencari.
#10: Plan menu anda secara mingguan dan bulanan. Sangat penting kerana bila anda dah merancang nak masak apa setiap hari, anda dah boleh list out barang-barang yang nak dibeli. dan stick pada plan tersebut. Memang susah nak buat pada awalnya, tapi kalau dah buat memang sangat menjimatkan!


No comments:
Post a Comment