Pages

Wednesday, December 31, 2014

Bagaimana mengajar anak-anak mengurus duit




Kanak-kanak sekarang, celik je mata dah senang lenang. Mereka tak tahu apa itu susah, bagaimana susahnya ibu bapa mencari sesuap nasi. Yang mereka tahu, bila mintak, nak ada je depan mata. Mereka tak faham nilai duit. Jadi, sebagai ibu bapa ajar anak-anak kita mengenai kewangan yang betul.  4 perkara berikut perlu kita ajarkan pada anak-anak kita sejak mereka kecil:

1). Bekerja. Jangan senang-senang je hulur duit pada anak jika mereka merengek meminta. Sebaliknya, anda boleh beri mereka duit komisyen sekiranya mereka melakukan sesuatu kerja yang positif. Sebagai contoh, mereka membantu anda mencucui kereta, menyiram pokok dan juga membuang sampah. Cara ini dapat mengajar mereka tentang satu fakta, bahawa duit tidak akan datang bergolek, sebaliknya perlu berusaha. Secara tidak langsung, kaedah ini membantu menerapkan mereka tentang disiplin dan etika kerja yang baik. Dan yang lebih penting, mereka tahu nilai duit!

Tuesday, December 30, 2014

Nak beri hadiah, tapi budget terhad!!! Baca 5 tips ini.

Dengan situasi ekonomi sekarang yang semuanya serba serbi mahal, mungkin kita rasa seperti satu beban pulak bila nak kena bawa hadiah untuk majlis hari lahir, hari guru, atau apa-apa majlis lain seperti wedding ceremony. Faham kerana setiap orang ada kekangan kewangan masing-masing.

Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda agar masih boleh memberi hadiah walaupun badget amat terhad.

Source: Google image


1). Wujudkan himpunan hadiah.- maksudnya anda simpan barang-barang yang cantik yang anda mingkin tak perlukan seperti frame gambar, sabun wangi, lilin wangi, sedikit-sedikit. Dan lama-kelamaan koleksi itu akan makin bertambah menjadi banyak. Mungkin anda boleh simpan dalam kotak bagi mengelakkan habuk.

Koleksi-koleksi seperti ini, walau nampak simple tapi amat-amat membantu menjimatkan wang anda di samping mengelakkan anda menyediakan hadiah last minute! Sebagai contoh, pada hari guru anak anda nak beri hadiah pada guru-gurunya. jadi anda hanya perlu pilih saja hadiah yang sesuai dalam koleksi anda untuk dibawa oleh anak-anak anda.

Pastikan koleksi hadiah yang anda simpan tersebut variety. Sesuai untuk anak-anak sama ada lelaki, mahupun perempuan.

Thursday, December 25, 2014

Resepi Apam Balik Coklat Cheese

Hari ni saya kongsi resepi yang mudah, tapi sedapppp sangat. Penggemar-penggemar apam balik cuba try. 2 cawan tepung, puas makan. Beli kat pasar malam punya la mahal dan tak sedap. Inti sikittt je. Kulit tebal seinci. Jom cuba!!





Kulit:


2 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
1 1/2 cwn air
1 biji telur
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder

Wednesday, December 24, 2014

Jualan Gudang: Times Book Store




Times Bookstores mengadakan book fair dengan harga buku serendah RM1!!! Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan Cash voucher bernilai RM10 untuk pembelian RM150 dalam satu resit.

Jualan Gudang 9-11 January 2015: Hytex Garments


Hytex Malaysia mengadakan jualan gudang sempena CNY. Dapatkan pakaian untuk bayi, kanak-kanak dan remaja pada harga serendah RM3

Maklumatnya seperti berikut:
Tarikh: 9 January - 11 Januari 2015
Masa: 10 pagi - 6 petang
Tempat: Dewan Batu 17, Taman Jati, Rawang, Selangor, Malaysia

Promosi majalah Good Housekeeping hanya serendah USD1, but not in Malaysia



Sebenarnya terbuka website ni sebab ada iklan promosi. Pergh.. subscription selama 2 tahun, dan majalah ni cuma berharga USD1 with free delivery!. Bestnya kalau kat Malaysia camni. Dah ku sambar. Bukan itu saja, last night dia buat gila2 punya promosi, subscription for 2 years cuma berharga USD5!!! Huh.. meleleh ayaq liuq tengok promosi kaw-kaw gini. Di sini, majalah terpakai dekat pesta buku pun masih mahal. Jadi, nak jimat boleh pinjam kat library je ye.


E-book percuma: The Stay-At-Home Mom’s Guide to Successful eBay Selling

Untuk yang masih tercari-cari cara untuk jana extra income, apa kata anda cuba baca e-book percuma dari Suzanne, yang merupakan expert dalam perniagaan e-bay bertajuk The Stay-At-Home Mom’s Guide to Successful eBay Selling. Walaupun e-book ni dihasilkan pada tahun 2009, tetapi masih releven untuk membaca dan gali segala maklumat, informasi dan tips-tips yang diberikan. Percuma lagi tu. tinggal korang nak kena baca, fahamkan dan buat. Takde jalan pintas untuk berjaya.



Saya pernah berniaga di ebay. Memang lubuk duit, tambahan pulak kalau ianya melibatkan currency exchange. Best!. Cuma sedikit fussy. Saya juga berkira-kira untuk menyambung bisnes di e-bay. Cuma perlukan masa dan ruang memandangkan saya masih belum bergelar WAHM!! (>_<)'.

Please pray for me ya!

Tuesday, December 23, 2014

10 cara mengurangkan perbelanjaan barangan dapur anda



Living cost di Malaysia memang meningkat dengan begitu pesat. Tahun depan, pelaksanaan GST, aku tak boleh nak bayangkan kos sara hidup macam mana. Tapi, suka tak suka, sebagai rakyat marhaen, kita tiada kuasa melainkan dalam pilihanraya. Rakyat telah memilih, jadi kenalah harung juga kesan dan akibatnya. 

Saya kongsikan 10 cara bagaimana anda boleh jimatkan perbelanjaan barang dapur. Caranya mudah saja untuk anda ikut. Terpulang pada kesesuaian masing-masing ye.

#1: Check tarikh luput. Periksa peti ais, atau almari tempat anda simpan stok barangan dapur seperti susu, cheese, tepung dan sebagainya sekali seminggu. Memang merugikan sekiranya stok barang anda tamat tempoh dan terpaksa dibuang. Dan bila nak guna, anda kena beli lagi barang yang baru. Membazir! Realitinya, ini yang kerap kita lakukan. 

#2: Sekiranya anda membeli buah-buahan seperti epal, oren dan lain-lain, pilih yang bersaiz paling kecil. Jadi, berat buah akan berkurang. Impaknya, kuranglah anda bayar harga buah tersebut!. Percayalah, anda takkan rasa perbezaan disebabkan saiz buah sewaktu anda menikmatinya.

Sunday, December 21, 2014

Bagaimana nak cut budget sedangkan tiada apa untuk anda cut?


Faham... aku faham sangat situasi ni, sebab aku jugak pernah hadap menda ni. Huh.. sangat challenging. Me and husband, both government servant saja. Gaji kecik. Husband pulak bukan pegawai besar pun. Tapi, alhamdulillah rezeki memang tak pernah putus. 

Credit: Google Image


Macam mana nak buat?

1). Sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan. Tak kira la nak sumbang duit atau sumbang tenaga. Kedua-duanya memang ada ganjaran besar dari Ilahi. Telah dijanjikan, dan Allah tidak sesekali mungkir janji. Hanya kita je, nak yakin atau tidak! Sila buat dan Yakin!! Ini kunci utama yang korang kena wajib buat. Untungnya menjadi Muslim. 

Saturday, December 20, 2014

5 Tips Travel Budget


Aku suka travel. Tapi, budget memang sangat tight. Almaklum, makan gaji saja. Buat masa ni, dengan gaji yang minimum aku cuba manage sebaik mungkin. Setakat ni aku cuma mampu ke Hong Kong, Bandung, Vietnam, Macau, Melbourne dan New Zealand. Alhamdulillah. Bila bercakap pasal travel ni, ramai yang kata kami kaya, banyak duit. Aminnnn... Ye, aku aminkan saja. Mana tau, masin mulut diorg semua. He3... Dan aku tak boleh travel sorang2, tinggal anak2... tak sanggup lagi rasanya. Mungkin kalau anak2 dah besar, sape tahu kan. 

NZ trip Nov-Dec 2013


Tips untuk travel ni simple. Semua orang pun boleh travel sebenarnya. Cuma kena sacrifice a lot. Kecuali kalau gaji korang memang sedia berkepuk-kepuk, dan tak habis makan. Jom tengok kalau nak travel cara aku:

Giveaway: Free Sample Sustagen Milk Powder

siapa yang anak2nya minum sustagen, boleh request free sample susu ni. Or kalau ibu-ibu yang nak try sustagen untuk anak2 anda, juga digalakkan. Tak membazir beli 1 tin besar. Mana lah tahu kan, tiba-tiba susu tu tak sesuai untuk anak2 anda. 



Promosi: Supermarket / Hypermarket

Bulan Disember memang banyak promosi boom yang ada. Banyak pilihan anda nak shopping. So, cari penjimatan yang berbaloi-baloi. Kebanyakan promosi berakhir 5 Januari 2015. Ada juga yang sedikit awal tamatnya. Kalau rasa nak save duit, inilah masanya anda membeli barang-barang yang diidamkan mengikut peruntukan dan bajet anda. Jika memang rezeki anda, hasil tuaian menjimatkan.

Saya kongsikan sedikit antara promosi yang pada saya agak menarik. antara supermarket/hypermarket yang membuat promosi akhir tahun ialah Giant, The Store dan Pacific, Parkson, Sogo, Metrojaya, Aeon dan juga Aeon Big.



Kupon: Penjimatan sehingga RM38.60 Pizza Hut

Untuk yang berminat makan pizza, bulan ni Pizza Hut membuat promosi istimewa. Korang boleh makan pizza sampai pengsan.




Layari website berikut dan ikut saja arahan yang diberikan. Banyak jimat tu.


My First Entry

Aku memang bekerja. Full time sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di selangor. Namun, aku ada big dream.

WORKING AT HOME MOTHER!!!

Sooner or later, aku sangat berharap my dreams come true. Sape tak nak jaga anak2 sendiri di rumah kan? Dan pada masa yang sama, earn income dan hidup bebas hutang. Masya Allah, kalaulah ianya menjadi kenyataan, maka aku lah yang wajib bersyukurrr kepada Ilahi.

Salah satu usaha aku, bisnes part time. Now, nak cuba blogging secara serius. Blog bukan baru bagi aku. Sebelum ni pun, aku memang dah ada dua blog. Satu blog peribadi aku, since 2007 lagi blog tu dah ada, dan memang aku tak war2 kan. Dan yang terbaru, blog bisnes aku. Check it out !!!

Kalau nak difikirkan, ada 1001 sebab kenapa aku begitu bersemangat nak jadi WAHM. Bukan sebab duit semata2, tetapi ada sebab lain yang sangat penting, yang menjadi kerisauan aku bila makan gaji. Tapi, itu biarlah menjadi rahsia aku sendiri. Mungkin menjadi WAHM memang the best choice untuk aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...