Tuesday, January 13, 2015
DIY Sarung Cushion
Hai... hari ni saja nak kongsikan hasil buatan tangan saya. Suka-suka buat. Bukan untuk dijual. He3.... Ekceli, anda juga boleh buat sebab semua jahit lurus je. Cuma ada masa atau takde masa, nak atau tak nak. Macam mana nak buat?
Anda boleh Google Search tutorial untuk jahit sarung cushion ni. Step by step dia tunjuk. Kat bawah ni adalah antara yang saya suka visit:
http://www.sewmamasew.com/2011/02/how-to-make-a-basic-pillow-how-to-finish-a-pillow-with-binding/
http://liagriffith.com/easy-diy-zipper-pillow-covers/
http://www.craftsy.com/blog/2013/05/how-to-sew-piping-into-a-pillow/
Ada banyak lagi website yang menunjukkan tutorial secara jelas tutorial untuk hasilkan sarung cushion ini. Anda cuma perlu cari dan pilih lah ikut keselesaan anda dan pemahaman anda. Siap bergambar dan jelas lagi. jimat duit, tak payah bayar beratus untuk attend kelas. Saya pun cuma belajar dari tutorial online saja sebab tak cukup masa nak attend kelas.
Saturday, January 10, 2015
Homemade BBQ Hamburger
Hari ni saya nak share resepi yang yummy!! memang sedap dan berbaloi korang buat. Kalau beli kat luar memang mahal la. So, kita buat sendiri yuk!
Bahan-bahan:
450 gm daging - boleh guna daging ayam juga. mabeles.... :-))
garam
lada hitam
2 tbs tepung jagung
Sos:
1 biji bawang besar
1 cawan puri tomato
**1/2 cawan sos BBQ - boleh buat sendiri atau beli siap dalam botol.
1 tsp serbuk mustard (saya tak letak sebab takde)
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tsp gula
Mengemas Ekspress!!
Macam best je baca tajuk kan? Ke tak faham? He3... maksudnya macam mana nak mengemas dengan cepat untuk pastikan rumah kita sentiasa je bersih dan sedap mata memandang. Tahu, kita semua sibuk. termasuk jugak saya. Dah working mother kan? walau pun angan2 setinggi gunung nak jadi WAHM... doakan saya pleaseeee....mana la tahu ada rezeki kannn...
Rasanya cukup anda luangkan masa selama 45 minit ke 1 jam setiap hari untuk mengemas rumah. Ini bermakna, anda perlukan kira-kira 6 -7 jam seminggu sahaja. Tak lama, tapi hasilnya menenangkan jiwa. Siapa yang tak suka rumah bersih kan?
Tipsnya:

- Mulakan mengemas dari satu bahagian rumah dan seterusnya. Saya biasa mulakan dari bilik tidur utama, living room, bilik kedua dan ketiga, last sekali baru dapur.
- Mengemas akan menjadi lebih mudah kalau setiap barang ada 'rumahnya'. Maksudnya, suka tak suka, anda kena jugak spend masa sediakan ruang simpanan untuk setiap barang dalam rumah anda. Jadi, proses mengemas menjadi sangat cepat.
Thursday, January 8, 2015
Homemade body & face scrub
Jom cuba save budget dengan membuat scrub sendiri di rumah. Mudah dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Hasilnya wowww!!! Saya sukaaa..
Resepinya:
1 cwn gula perang / gula biasa
1/2 cwn minyak kelapa
2 tsp baking soda
2 tsp serbuk buah pala (tak wajib ye)
Campur & gaul semua bahan. Simpan dalam bekas bertutup. Seeloknya balang kaca.
Cara guna:
Ambik scrub, letak di sponge atau kain tuala. Gosok lembut di kulit muka dan badan. Biarkan seketika, cuci degan air suam. Amalkan 2x seminggu. In sha Allah kulit lembut dan cantik.
Selamat mencuba!!!!
Wednesday, January 7, 2015
Kawal perbelanjaan dengan berkesan menggunakan sampul tunai!
Terdapat banyak software atau bahan untuk membantu anda mengawal perbelanjaan harian. Sampul tunai merupakan perkara atau pendekatan asas dalam menguruskan wang. Mungkin ianya tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam semua perkara, tetapi ianya sangat membantu dalam mengurus perbelanjaan harian anda!
Bagaimana nak guna sampul tunai?
Anda perlu menetapkan jumlah wang akan dimasukkan dalam sampul tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, untuk BARANGAN RUNCIT, anda masukkan RM100 untuk 1 minggu. Jadi, anda hanya boleh membelanjakan wang yang berada di dalam sampul tersebut sahaja dalam tempoh seminggu. Kalau dah habis RM100 digunakan, maka peruntukan barangan runcit tersebut habis!
Nampak mudah, tetapi impak terhadap pengurusan wang memang terbaik. Anda boleh nampak dengan jelas bagaimana jumlah wang untuk barangan runcit selama seminggu dibelanjakan.
Anda boleh menggunakan apa jua sampul yang ada. Tuliskan perkara, dan rekod pembelian anda. Masukkan resit jika ada ke dalam sampul tersebut. Atau anda boleh juga cetak design sampul dalam rajah di bawah. Potong dan lipatkan sampul tersebut, dannn anda sudah boleh mula menggunakannya.

Thursday, January 1, 2015
Selamat Datang 2015!!!!
Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berada pada tahun baru 2015. Maka, semakin pendek umur kita, dan sama-sama kita tambah amal kita. Sudahkan anda tetapkan apa azam anda tahun ini?? Semoga impian anda untuk tahun lepas tercapai, dan begitu juga untuk tahun 2015. Yang lepas, kita biarkan berlalu. Jalan terus, jangan menoleh ke belakang lagi.
P/s: Nak buat side income, boleh join saya. :-))
Subscribe to:
Comments (Atom)