Pages

Tuesday, December 30, 2014

Nak beri hadiah, tapi budget terhad!!! Baca 5 tips ini.

Dengan situasi ekonomi sekarang yang semuanya serba serbi mahal, mungkin kita rasa seperti satu beban pulak bila nak kena bawa hadiah untuk majlis hari lahir, hari guru, atau apa-apa majlis lain seperti wedding ceremony. Faham kerana setiap orang ada kekangan kewangan masing-masing.

Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda agar masih boleh memberi hadiah walaupun badget amat terhad.

Source: Google image


1). Wujudkan himpunan hadiah.- maksudnya anda simpan barang-barang yang cantik yang anda mingkin tak perlukan seperti frame gambar, sabun wangi, lilin wangi, sedikit-sedikit. Dan lama-kelamaan koleksi itu akan makin bertambah menjadi banyak. Mungkin anda boleh simpan dalam kotak bagi mengelakkan habuk.

Koleksi-koleksi seperti ini, walau nampak simple tapi amat-amat membantu menjimatkan wang anda di samping mengelakkan anda menyediakan hadiah last minute! Sebagai contoh, pada hari guru anak anda nak beri hadiah pada guru-gurunya. jadi anda hanya perlu pilih saja hadiah yang sesuai dalam koleksi anda untuk dibawa oleh anak-anak anda.

Pastikan koleksi hadiah yang anda simpan tersebut variety. Sesuai untuk anak-anak sama ada lelaki, mahupun perempuan.

Thursday, December 25, 2014

Resepi Apam Balik Coklat Cheese

Hari ni saya kongsi resepi yang mudah, tapi sedapppp sangat. Penggemar-penggemar apam balik cuba try. 2 cawan tepung, puas makan. Beli kat pasar malam punya la mahal dan tak sedap. Inti sikittt je. Kulit tebal seinci. Jom cuba!!





Kulit:


2 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
1 1/2 cwn air
1 biji telur
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder

Wednesday, December 24, 2014

Jualan Gudang: Times Book Store




Times Bookstores mengadakan book fair dengan harga buku serendah RM1!!! Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan Cash voucher bernilai RM10 untuk pembelian RM150 dalam satu resit.

Jualan Gudang 9-11 January 2015: Hytex Garments


Hytex Malaysia mengadakan jualan gudang sempena CNY. Dapatkan pakaian untuk bayi, kanak-kanak dan remaja pada harga serendah RM3

Maklumatnya seperti berikut:
Tarikh: 9 January - 11 Januari 2015
Masa: 10 pagi - 6 petang
Tempat: Dewan Batu 17, Taman Jati, Rawang, Selangor, Malaysia

Promosi majalah Good Housekeeping hanya serendah USD1, but not in Malaysia



Sebenarnya terbuka website ni sebab ada iklan promosi. Pergh.. subscription selama 2 tahun, dan majalah ni cuma berharga USD1 with free delivery!. Bestnya kalau kat Malaysia camni. Dah ku sambar. Bukan itu saja, last night dia buat gila2 punya promosi, subscription for 2 years cuma berharga USD5!!! Huh.. meleleh ayaq liuq tengok promosi kaw-kaw gini. Di sini, majalah terpakai dekat pesta buku pun masih mahal. Jadi, nak jimat boleh pinjam kat library je ye.


E-book percuma: The Stay-At-Home Mom’s Guide to Successful eBay Selling

Untuk yang masih tercari-cari cara untuk jana extra income, apa kata anda cuba baca e-book percuma dari Suzanne, yang merupakan expert dalam perniagaan e-bay bertajuk The Stay-At-Home Mom’s Guide to Successful eBay Selling. Walaupun e-book ni dihasilkan pada tahun 2009, tetapi masih releven untuk membaca dan gali segala maklumat, informasi dan tips-tips yang diberikan. Percuma lagi tu. tinggal korang nak kena baca, fahamkan dan buat. Takde jalan pintas untuk berjaya.



Saya pernah berniaga di ebay. Memang lubuk duit, tambahan pulak kalau ianya melibatkan currency exchange. Best!. Cuma sedikit fussy. Saya juga berkira-kira untuk menyambung bisnes di e-bay. Cuma perlukan masa dan ruang memandangkan saya masih belum bergelar WAHM!! (>_<)'.

Please pray for me ya!

Tuesday, December 23, 2014

10 cara mengurangkan perbelanjaan barangan dapur anda



Living cost di Malaysia memang meningkat dengan begitu pesat. Tahun depan, pelaksanaan GST, aku tak boleh nak bayangkan kos sara hidup macam mana. Tapi, suka tak suka, sebagai rakyat marhaen, kita tiada kuasa melainkan dalam pilihanraya. Rakyat telah memilih, jadi kenalah harung juga kesan dan akibatnya. 

Saya kongsikan 10 cara bagaimana anda boleh jimatkan perbelanjaan barang dapur. Caranya mudah saja untuk anda ikut. Terpulang pada kesesuaian masing-masing ye.

#1: Check tarikh luput. Periksa peti ais, atau almari tempat anda simpan stok barangan dapur seperti susu, cheese, tepung dan sebagainya sekali seminggu. Memang merugikan sekiranya stok barang anda tamat tempoh dan terpaksa dibuang. Dan bila nak guna, anda kena beli lagi barang yang baru. Membazir! Realitinya, ini yang kerap kita lakukan. 

#2: Sekiranya anda membeli buah-buahan seperti epal, oren dan lain-lain, pilih yang bersaiz paling kecil. Jadi, berat buah akan berkurang. Impaknya, kuranglah anda bayar harga buah tersebut!. Percayalah, anda takkan rasa perbezaan disebabkan saiz buah sewaktu anda menikmatinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...