Aku suka travel. Tapi, budget memang sangat tight. Almaklum, makan gaji saja. Buat masa ni, dengan gaji yang minimum aku cuba manage sebaik mungkin. Setakat ni aku cuma mampu ke Hong Kong, Bandung, Vietnam, Macau, Melbourne dan New Zealand. Alhamdulillah. Bila bercakap pasal travel ni, ramai yang kata kami kaya, banyak duit. Aminnnn... Ye, aku aminkan saja. Mana tau, masin mulut diorg semua. He3... Dan aku tak boleh travel sorang2, tinggal anak2... tak sanggup lagi rasanya. Mungkin kalau anak2 dah besar, sape tahu kan.
| NZ trip Nov-Dec 2013 |
Tips untuk travel ni simple. Semua orang pun boleh travel sebenarnya. Cuma kena sacrifice a lot. Kecuali kalau gaji korang memang sedia berkepuk-kepuk, dan tak habis makan. Jom tengok kalau nak travel cara aku:
1) Beli tiket flight time promosi. Tahu tak, bila beli tiket time promosi anda boleh jimat beratus-ratus ringgit untuk 1 tiket. So, kalau family members dah 4 orang, just darab 4. Berapa banyak you boleh jimat. Worth the money tau. Sentiasa alert time promosi. Especially Air Asia yang suka buat sale gempak-gempak. Aku pernah tau, beli tiket ke Kota Kinabalu, RM36 untuk 3 orang pegi balik. Wowww... mabeles! Tapi itu dulu la, tahun 2011, belum ada lagi caj-caj yang merapu macam sekarang ni.
2). Travel sendiri, tak payah guna agent sebab agen ni mahal cajnya. Diorang caj per head! Seriously, aku tak mampu.. huk3. But if u have extra money, why not kan? But for me, lagi best you travel on your own. You have time and schedule freedom. Boleh plan itinerary sendiri, what time and so on. Cuma, kena la buat research. Sebab benda-benda ni takkan datang bergolek. Kena cari, baca, dan gali.
3) Saving! Uhuhuhu... suka ke tak, memang la kena saving untuk belanja hotel, makan minum, dan transport. Jangan la sibuk nak shopping sakan ye time travel tu. Bawak duit seguni pun tak cukup. Cut unnecessary cost setiap bulan. Tak yah la shopping baju, handbag, make up mahal setiap bulan. Makan tu masak kat rumah laaagi jimat. So, duit yang ada masuk tabung travel. Kalau tak cukup jugak lagi, sila cari extra income, macam aku..
4) Bawa makanan time travel. Selalu kalau aku travel, 1 beg penuh dengan makanan saja. Makan kat tempat orang tu kadang-kadang. Jimattt kan? Boleh masak sendiri kat sana nanti. Tengok la negara mana korang nak visit. Kalau macam indonesia tu mungkin ok kot, tak perlu bawa makanan banyak. Sebab currency exchange diorang rendah. Tapi, kalau travel ke Australia ke, currency nya tinggi oiii... kalau hari-hari nak beli makanan kat luar, berpinau bijik mata.
5). Sentiasa pantau kadar tukaran matawang. Sebab? Kena sentiasa tengok bila murah, kita tukar dalam kuantiti yang banyak, lebih jimat!. Kalau dah nak ke UK, US, or Singapore je pun jangan harap la ringgit akan naik dengan kukuhnya ye. Hi3.. macam sekarang, ringgit tengah jatuh teruk, time ni kalau tukar duit rugi lah.
Now, everybody can travel.

No comments:
Post a Comment